Pages

Thursday, December 23, 2010

Berita tak best buat Lelaki di Malaysia



Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) yang berlangsung dari 6 Julai hingga 22 Ogos lalu (Petikan akhbar Berita Harian,22 Disember 2010).

Apa cerita ni, lelaki lebih ramai pulak dari perempuan…huh….tak cukup la perempuan Malaysia untuk jadi isteri..nampak gayanya lelaki Malaysia kena start fikir untuk import isteri dari luar la…hehe…

Kisah Masyarakat

Kisah benar di Tandas Awam Bandar Jengka.

Anak : Eh, mak, takda orang jaga kaunter la..masuk duit dalam tabung ni aje..
Ibu   : wow..bagusla..tak perlu bayarla kalau macam tu..bukan ada orang tahu pun

Terkejut aku dengar perbualan anak dan ibu ni…

Al kisahnya, si ibu dan dua orang anak dia masuk ke Tandas Awam yang mengenakan caj RM0.30 untuk masuk. Tandas awam kat situ mengamalkan sistem percaya pada kejujuran orang ramai iaitu dengan meletakkan tabung di kaunter dan bukannya letak tukang kutip bayaran macam kat shopping complex (Bagus sistem ni, jimat kos nak upah orang). Tetapi si ibu ni, dengan selambanya cakap kat anak dia tak perlu la bayar sebab takda orang yang tahu..astaghfirullahalazim...

Gambar hiasan

Bagi aku, ibu perlu tunjuk contoh yang baik dengan mengajar anak bersikap jujur tapi lain pulak yang jadi. Pelik2…




P/s: Yang tak best sistem bayaran macam ni – susah bagi orang yang takda duit kecik untuk masuk. Aku pun tadi bayar RM1 sebab takda duit syiling..uh...





Wednesday, December 22, 2010

Restoran-restoran pelik

Restoran atau kedai makan merupakan perniagaan yang biasa orang buat. Di Malaysia atau di Brunei, perniagaan restoran boleh dimasukkan dalam kategori Monopolistic Competition. Jumlah restoran yang banyak akan menyebabkan peniaga perlu menarik pelanggan untuk terus bertahan dalam pasaran. Tarik pelanggan tak semestinya dengan meletak pelaris kedai atau guna bomoh..hehe…Apa yang boleh dibuat adalah dengan membuat perbezaan atau differentiate restoran kita dengan yang lain. Huh..bagi lecture plak aku..hehe..layan la contoh2 restoran2 yang berjaya membezakan diri mereka dengan restoran yang lain.


1. Makan malam di udara 


Makan malam di atas udara setinggi 50 meter. Ia dilengkapi dengan meja untuk 22 orang serta 3 orang staf (chef, waiter, entertainer). Orang yang gayat tidak digalakkan dinner kat sini. Banyak lagi tempat makan kat darat. 



Tuesday, December 21, 2010

Nota untuk si pencuri..

Tensenkan kalau harta kita kena curi…..mesti kita menyumpah2 si pencuri kan..ni contoh nota untuk si pencuri..



It's time




3rd August 2009 – 19th December 2010

16 months 19 days (don’t bother my math) in Brunei was the splendid time in my life. Thanks Allah for giving me the opportunity to meet the awesome people like Azmi, Basren, Iskandar, Mina, Ida, Rachel, Sopian, Prava, Pangeran Johari, Pangeran Mutalib, Hjh Maimunah, Hajah Didi, Hjh Ju, Hairina, Gek, Amela, Calvin, and Ahmad Seto.


Monday, December 20, 2010

Saturday, December 18, 2010

GEMPAR : Salji turun di Brunei



17/12/10 (Jumaat) – Penduduk di beberapa kawasan di Brunei digemparkan dengan salji yang tiba-tiba turun. Rekod menunjukkan salji turun selama 15 minit di Jerudong dan hampir 3 jam di Gadong.

Krew kami bergegas ke Jerudong, berhampiran Empire Hotel setelah dimaklumkan oleh seorang penduduk bernama Idah (bukan nama sebenar). Setibanya kami di sana, salji sedang turun dengan lebatnya dan keadaan tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak kerana ramai orang berpusu-pusu ingin melihat kejadian aneh tersebut. Salji di Jerudong hanya turun selama 15 minit iaitu dari jam 8.00pm hingga 8.15pm.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...