Kisah benar di Tandas Awam Bandar Jengka.
Anak : Eh, mak, takda orang jaga kaunter la..masuk duit dalam tabung ni aje..
Ibu : wow..bagusla..tak perlu bayarla kalau macam tu..bukan ada orang tahu pun
Terkejut aku dengar perbualan anak dan ibu ni…
Al kisahnya, si ibu dan dua orang anak dia masuk ke Tandas Awam yang mengenakan caj RM0.30 untuk masuk. Tandas awam kat situ mengamalkan sistem percaya pada kejujuran orang ramai iaitu dengan meletakkan tabung di kaunter dan bukannya letak tukang kutip bayaran macam kat shopping complex (Bagus sistem ni, jimat kos nak upah orang). Tetapi si ibu ni, dengan selambanya cakap kat anak dia tak perlu la bayar sebab takda orang yang tahu..astaghfirullahalazim...
Bagi aku, ibu perlu tunjuk contoh yang baik dengan mengajar anak bersikap jujur tapi lain pulak yang jadi. Pelik2…
P/s: Yang tak best sistem bayaran macam ni – susah bagi orang yang takda duit kecik untuk masuk. Aku pun tadi bayar RM1 sebab takda duit syiling..uh...
Pelik la orang jengka...:)
ReplyDelete