17/12/10 (Jumaat) – Penduduk di beberapa kawasan di Brunei digemparkan dengan salji yang tiba-tiba turun. Rekod menunjukkan salji turun selama 15 minit di Jerudong dan hampir 3 jam di Gadong.
Krew kami bergegas ke Jerudong, berhampiran Empire Hotel setelah dimaklumkan oleh seorang penduduk bernama Idah (bukan nama sebenar). Setibanya kami di sana, salji sedang turun dengan lebatnya dan keadaan tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak kerana ramai orang berpusu-pusu ingin melihat kejadian aneh tersebut. Salji di Jerudong hanya turun selama 15 minit iaitu dari jam 8.00pm hingga 8.15pm.