Pages

Saturday, December 18, 2010

GEMPAR : Salji turun di Brunei



17/12/10 (Jumaat) – Penduduk di beberapa kawasan di Brunei digemparkan dengan salji yang tiba-tiba turun. Rekod menunjukkan salji turun selama 15 minit di Jerudong dan hampir 3 jam di Gadong.

Krew kami bergegas ke Jerudong, berhampiran Empire Hotel setelah dimaklumkan oleh seorang penduduk bernama Idah (bukan nama sebenar). Setibanya kami di sana, salji sedang turun dengan lebatnya dan keadaan tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak kerana ramai orang berpusu-pusu ingin melihat kejadian aneh tersebut. Salji di Jerudong hanya turun selama 15 minit iaitu dari jam 8.00pm hingga 8.15pm.


Kira-kira pada jam 9.30pm, krew kami menerima panggilan dari Hajah Maimunah (nama sebenar) mengatakan salji sedang turun di Gadong berdekatan NBT bersebelahan kedai Bismi. Krew kami bergegas ke tempat kejadian untuk menyaksikan sendiri perkara yang dikatakan tidak akan berlaku di negara beriklim Khatulistiwa seperti Brunei.

“Saya amat excited dengan perkara ini, saya seakan tidak percaya bila Ketua Kambung sms saya beritahu ada salji di Gadong, terus saya bawa kereta dari Tutong untuk melihat fenomena alam ini” kata Basren (gambar) seorang saksi kejadian.




“Ini mungkin salah satu bukti global warming. Bumi kita sedang tenat”. Ujar Ustaz Iskandar (gambar) yang ditemui ketika sedang membeli ikan di pasar Gadong.





Bagi mendapatkan kepastian, krew kami mengambil sample salji yang turun untuk diperiksa di makmal oleh 3 orang pakar yang dijemput khas dari luar negara. Para pakar menyifatkan kejadian ini satu misteri alam yang perlu dikaji segera. Setelah menjalankan ujikaji selama 3 jam, kesemua pakar didapati pengsan sambil berbuih mulut.

Krew kami melihat keputusan ujikaji dan ianya tertulis seperti berikut:

“ UJIKAJI MENUNJUKKAN YANG TURUN BUKANLAH SALJI TETAPI 100% SABUN CAP AYAM YANG DIBUAT BUIH SEAAKAN-AKAN SALJI YANG TURUN DARI LANGIT”

Krew kami pengsan serta merta. Rupanya ianya hanyalah gimik yang dibuat oleh pihak hotel Empire dan NBT sempena Krismas yang akan datang pada minggu hadapan. Sekian. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...