Pages

Monday, December 13, 2010

Fakta : Brunei (Part 1)

Brunei’s Map
Brunei’s Flag


Semua orang tahu Brunei merupakan sebuah negara kecil di Borneo. Apa lagi yang orang tahu pasal Brunei? For sure kalau aku tanya 10 orang, 9 orang akan relate Brunei dengan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, iaitu Raja kedua paling kaya di dunia.
(see http://www.zimbio.com/Sultan+Hassanal+Bolkiah/articles/WOPeHFa2zTf/World+s+Richest+Royal )


Hari ni aku nak share sikit perkara lain yang jarang orang luar tahu pasal Brunei:

1.  Islam adalah agama rasmi Negara Brunei Darussalam.

2.    Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Brunei.

3.    Populasi rakyat Brunei adalah seramai 395,027 (July 2010 est.). Aku pernah tinggal kat Shah Alam dan last time aku check populasi Shah Alam saja dah 500,000. Serius sikit dan boleh dikatakan susah nak buat jahat, kat mana2 saja ada je orang kenal..hehe.

4.    Orang Brunei akan pakai Baju Melayu (mereka panggil Cara Melayu) lengkap dengan sampin bagi setiap majlis-majlis kahwin, open house raya (tak kira la raya hari ke 30 pun) dan hatta majlis doa selamat pun. Pergi kenduri kahwin pun kena pakai smart2. Bukan macam Malaysia, pergi kenduri kahwin relax je pakai baju apa pun, siap dengan jeans. Kalau kat Brunei, janganlah buat perangai macam tu, pasti consider tak hormat majlis. Tapi yang bestnye baju melayu kat sini murah dan kain dia best. Satu set baju melayu dalam B$33 (RM70 est.) Aku sendiri dah beli dua pasang kat sini dan plan nak beli lagi satu sebelum balik KL. 

Aku dan kawan2 masa Hari Raya 2010 di Brunei

5.    Orang Brunei suka makan makanan yang manis, just like orang Kelantan. Korang order la apa2 pun pasti manis. Jadi dinasihatkan order makanan sila mintak buatkan yang pedas2 tapi itu pun ikut kedai dan nasib la, aku dah banyak kali kena, order pedas2 tapi manis jugak yang dapat.

6.     Kalau Malaysia ada nasi lemak, Brunei ada Nasi Katok, apa tu? Nasi katok terdiri dari nasi putih, ayam goreng, dan sedikit sambal khas. Kat mana2 kedai pun pasti akan jual nasi katok dan harganya B$1, serius murah. Menurut hikayat, nasi katok berasal pada masa dulu takda kedai buka awal2 pagi atau sampai malam, jadi orang yang lapar waktu tu akan ketuk rumah tokey kedai dan mintak nak beli nasi..ketuk..ketuk..jadilah KATOK... (orang sini panggil ketuk tu Katok). Al-kisahnya.

Nasi Katok

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...