Kali ni aku nak tulis pasal Bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Tahukah korang yang ada bendera negara lain yang seakan sama dengan Jalur Gemilang? Yang kita tahu selama ni semestinya bendera Amerika kan. Tapi ada lagi beberapa buah negara yang jarang kita dengar. Sebelum aku dedahkan negara mana, baik aku kongsi beberapa info pasal Jalur Gemilang.
- Mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah.
- 14 jalur merujuk kepada 13 buah negeri dan 1 Kerajaan Persekutuan.
- Warna biru tua bermakna perpaduan rakyat Malaysia.
- Anak bulan merujuk kepada Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia.
- Perasan tak yang bintang tu ada 14 bucu? Ia merujuk kepada perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- Warna kuning merupakan warna DiRaja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.
- Jalur Gemilang direka oleh En. Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan di Johor dan ianya mula dikibarkan pada 26 Mei 1950.
So, sekarang aku dedahkan tiga bendera yang seakan sama dengan Jalur Gemilang. Sebelum tu aku nak ingatkan bahawa Jalur Gemilang tidak ditiru dari mana-mana bendera. Ianya original dan melambangkan bangsa Malaysia. huh..patriotik betul aku...hehe..so, jom tengok kajian aku ni...