Pages

Monday, December 13, 2010

Fakta : Brunei (Part 2)

    Aku sambung sikit lagi info2 pasal Brunei yang orang jarang tahu. 

    1.  Hanya ada 8 buah outlet KFC dan 1 McDonald di seluruh negara Brunei.

    2.    Bangunan-bangunan di sekitar kawasan masjid tidak boleh lebih tinggi dari aras Kubah Masjid. Interesting kan...

     Masjid Jame Al Asr
Masjid Omar ‘Ali Saifuddien

     3.    Starting salary gomen for fresh graduate (degree) adalah B$2630 (RM6050 est.) dan itu hanya basic je, tak termasuk elaun2 lagi. Serius banyak tu…..dan gaji ni tak pernah dikaji semula sejak Brunei merdeka pada tahun 1984. Kalau sekarang dah besar nilainya, macam mana la 26 tahun lepas, pasti lagi besar nilainya. Tak adil kalau aku nak compare gaji Brunei dengan gaji gomen kat Malaysia..ye la, lain negara lain budgetnye..:(
    
    4.    Public Transport merupakan taboo di Brunei..sangat susah nak dapat bas atau teksi. Aku tinggal di hostel UBD, dan setiap kali nak keluar bandar mesti berjanggut tunggu bas, paling lama pernah aku tunggu bas dekat 2 jam..sampai aku give up, terus balik bilik dan tidur. Last2 aku dapat idea, aku amik no phone konduktor bus…senang, nak keluar je sms dia tanya pukul berapa bas masuk kampus..hehe…jimat masa menunngu aku. Lagi satu, aku selalu mintak tolong kawan aku bawa keluar, antara kawan2 baik hati yang selalu bawak aku keluar ialah Azmi a.k.a Gboy, Basreen dan Iskandar…Serius baik dorang tu…hehe.

Bas No.58 (UBD to Bandar)
Aku, Basren & Iskandar 


Aku dan Azmi

     5. Entertainment? ramai orang cakap kat Brunei ni takda life especially during nighttime….em, actually its true and wrong. Memang di Brunei tiada night club macam kat KL nuh, tapi menurut kawan Brunei aku (nama dirahsiakan) diorang ada underground party dimana diorang buat club kat rumah sendiri. kira private club la, hanya untuk yang dijemput sahaja…errr..no comment, taktau sejauh mana betulnya..aku bukan layan pun menda2 macam ni...

    6.    So far yang aku tahu ada 3 sahaja panggung wayang kat Brunei iaitu kat The Mall Gadong, Qlap, dan Empire Hotel.

Time Traveler Caught on Film?

This short clip is from the DVD which includes behind the scenes in Charlie Chaplin's film 'The Circus'. Attending the premiere at Manns Chinese Theatre in Hollywood, CA - the scene shows a large woman (or man), dressed in black and a hat, talking into something that only be described as a mobile phone device or possibly a walkie-talkie. Remember this is from 1928. (FunkensteinJr).


Fakta : Brunei (Part 1)

Brunei’s Map
Brunei’s Flag


Semua orang tahu Brunei merupakan sebuah negara kecil di Borneo. Apa lagi yang orang tahu pasal Brunei? For sure kalau aku tanya 10 orang, 9 orang akan relate Brunei dengan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, iaitu Raja kedua paling kaya di dunia.
(see http://www.zimbio.com/Sultan+Hassanal+Bolkiah/articles/WOPeHFa2zTf/World+s+Richest+Royal )


Hari ni aku nak share sikit perkara lain yang jarang orang luar tahu pasal Brunei:

1.  Islam adalah agama rasmi Negara Brunei Darussalam.

2.    Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Brunei.

3.    Populasi rakyat Brunei adalah seramai 395,027 (July 2010 est.). Aku pernah tinggal kat Shah Alam dan last time aku check populasi Shah Alam saja dah 500,000. Serius sikit dan boleh dikatakan susah nak buat jahat, kat mana2 saja ada je orang kenal..hehe.

4.    Orang Brunei akan pakai Baju Melayu (mereka panggil Cara Melayu) lengkap dengan sampin bagi setiap majlis-majlis kahwin, open house raya (tak kira la raya hari ke 30 pun) dan hatta majlis doa selamat pun. Pergi kenduri kahwin pun kena pakai smart2. Bukan macam Malaysia, pergi kenduri kahwin relax je pakai baju apa pun, siap dengan jeans. Kalau kat Brunei, janganlah buat perangai macam tu, pasti consider tak hormat majlis. Tapi yang bestnye baju melayu kat sini murah dan kain dia best. Satu set baju melayu dalam B$33 (RM70 est.) Aku sendiri dah beli dua pasang kat sini dan plan nak beli lagi satu sebelum balik KL. 

Aku dan kawan2 masa Hari Raya 2010 di Brunei

5.    Orang Brunei suka makan makanan yang manis, just like orang Kelantan. Korang order la apa2 pun pasti manis. Jadi dinasihatkan order makanan sila mintak buatkan yang pedas2 tapi itu pun ikut kedai dan nasib la, aku dah banyak kali kena, order pedas2 tapi manis jugak yang dapat.

6.     Kalau Malaysia ada nasi lemak, Brunei ada Nasi Katok, apa tu? Nasi katok terdiri dari nasi putih, ayam goreng, dan sedikit sambal khas. Kat mana2 kedai pun pasti akan jual nasi katok dan harganya B$1, serius murah. Menurut hikayat, nasi katok berasal pada masa dulu takda kedai buka awal2 pagi atau sampai malam, jadi orang yang lapar waktu tu akan ketuk rumah tokey kedai dan mintak nak beli nasi..ketuk..ketuk..jadilah KATOK... (orang sini panggil ketuk tu Katok). Al-kisahnya.

Nasi Katok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...