Pages

Thursday, December 23, 2010

Kisah Masyarakat

Kisah benar di Tandas Awam Bandar Jengka.

Anak : Eh, mak, takda orang jaga kaunter la..masuk duit dalam tabung ni aje..
Ibu   : wow..bagusla..tak perlu bayarla kalau macam tu..bukan ada orang tahu pun

Terkejut aku dengar perbualan anak dan ibu ni…

Al kisahnya, si ibu dan dua orang anak dia masuk ke Tandas Awam yang mengenakan caj RM0.30 untuk masuk. Tandas awam kat situ mengamalkan sistem percaya pada kejujuran orang ramai iaitu dengan meletakkan tabung di kaunter dan bukannya letak tukang kutip bayaran macam kat shopping complex (Bagus sistem ni, jimat kos nak upah orang). Tetapi si ibu ni, dengan selambanya cakap kat anak dia tak perlu la bayar sebab takda orang yang tahu..astaghfirullahalazim...

Gambar hiasan

Bagi aku, ibu perlu tunjuk contoh yang baik dengan mengajar anak bersikap jujur tapi lain pulak yang jadi. Pelik2…




P/s: Yang tak best sistem bayaran macam ni – susah bagi orang yang takda duit kecik untuk masuk. Aku pun tadi bayar RM1 sebab takda duit syiling..uh...





Wednesday, December 22, 2010

Restoran-restoran pelik

Restoran atau kedai makan merupakan perniagaan yang biasa orang buat. Di Malaysia atau di Brunei, perniagaan restoran boleh dimasukkan dalam kategori Monopolistic Competition. Jumlah restoran yang banyak akan menyebabkan peniaga perlu menarik pelanggan untuk terus bertahan dalam pasaran. Tarik pelanggan tak semestinya dengan meletak pelaris kedai atau guna bomoh..hehe…Apa yang boleh dibuat adalah dengan membuat perbezaan atau differentiate restoran kita dengan yang lain. Huh..bagi lecture plak aku..hehe..layan la contoh2 restoran2 yang berjaya membezakan diri mereka dengan restoran yang lain.


1. Makan malam di udara 


Makan malam di atas udara setinggi 50 meter. Ia dilengkapi dengan meja untuk 22 orang serta 3 orang staf (chef, waiter, entertainer). Orang yang gayat tidak digalakkan dinner kat sini. Banyak lagi tempat makan kat darat. 



Tuesday, December 21, 2010

Nota untuk si pencuri..

Tensenkan kalau harta kita kena curi…..mesti kita menyumpah2 si pencuri kan..ni contoh nota untuk si pencuri..



It's time




3rd August 2009 – 19th December 2010

16 months 19 days (don’t bother my math) in Brunei was the splendid time in my life. Thanks Allah for giving me the opportunity to meet the awesome people like Azmi, Basren, Iskandar, Mina, Ida, Rachel, Sopian, Prava, Pangeran Johari, Pangeran Mutalib, Hjh Maimunah, Hajah Didi, Hjh Ju, Hairina, Gek, Amela, Calvin, and Ahmad Seto.


Monday, December 20, 2010

Saturday, December 18, 2010

GEMPAR : Salji turun di Brunei



17/12/10 (Jumaat) – Penduduk di beberapa kawasan di Brunei digemparkan dengan salji yang tiba-tiba turun. Rekod menunjukkan salji turun selama 15 minit di Jerudong dan hampir 3 jam di Gadong.

Krew kami bergegas ke Jerudong, berhampiran Empire Hotel setelah dimaklumkan oleh seorang penduduk bernama Idah (bukan nama sebenar). Setibanya kami di sana, salji sedang turun dengan lebatnya dan keadaan tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak kerana ramai orang berpusu-pusu ingin melihat kejadian aneh tersebut. Salji di Jerudong hanya turun selama 15 minit iaitu dari jam 8.00pm hingga 8.15pm.

Thursday, December 16, 2010

Ayam Penyet

Hari ni aku lunch dengan classmate aku kat kedai Ayam Penyet yang best kat Gadong. Nasi Ayam Penyet asalnya dari Indonesia. Ayamnya dipenyek2 dan digoreng rangup. 

Aku tak tahu kawan2 aku yang lain, tapi bagi aku nasi ayam penyet kat kedai ni memang mantop. Sambal dia boleh tahan la pedasnya dan customer boleh pilih nak sambal biasa atau pedas atau extra pedas….cool.

Nama kedai ni Kedai Makan Azmida Phd..kedai ni unik sikit coz located kat rumah owner dia dan jauh dari pandangan mata kasar..eh silap..jauh dari jalan besar..kira susah jugak la nak jumpa kedai ni kalau taktau jalan dan kalau tak pernah dengar dari orang lain. Yang recommend tempat ni classmate aku..Ida Idris..dia lecturer di Institut Teknologi Brunei (ITB)..



Ayam Penyet Extra Pedas 

Classmate aku..yang depan aku tu Ida (tukang recommend), sebelah dia Rachel, Basreen,  depan Basren Hairina (Excellent student), Iskandar, Hjh Didi dan Hjh Ju

Yang pakai baju askar tu Major Sopian, classmate aku gak

Terima kasih Hjh Didi coz belanja i tadi...hehe..terima kasih semua yang datang makan sama2..u all memang cool..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...