Pages

Tuesday, November 8, 2011

Fakta : Ibadah Haji 2011


Alhamdulillah, selesai sudah ibadah haji bagi tahun ini…so far kawan-kawan aku di sana selamat menjalani ibadah haji dan harap dorang dapat kembali ke tanah air dengan selamat…insyaAllah.



Tahun ni seramai 3 juta tetamu Allah menunaikan ibadah haji…bayangkan orang seramai ni memenuhi tanah suci Mekah..subhanallah...mari kita sama-sama berdoa agar turut sama menjadi tetamu Allah di masa akan datang...:)

Berikut adalah fakta-fakta dan gambar menarik mengenai musim haji tahun ini:

1.  Setiap negara Islam mempunyai kuota haji sebanyak 1,000 jemaah setiap juta penduduk dan yang terbesar adalah jemaah dari Indonesia iaitu seramai 200,000 jemaah.

2.  Arab Saudi menggerakkan seramai 63,000 pasukan keselamatan, termasuk 3500 anti-rusuhan polis yang disokong oleh 450 kereta perisai, manakala pertahanan awam menggerakkan 22,000 pasukan dan 6,000 kenderaan.

3. Lebih dari 1,500 kamera CCTV telah dipasang di dalam dan sekitar Masjidil Haram Mekah dan 29 balai polis dibuka untuk memberi khidmat kepada tempat-tempat suci.

4. Kira-kira 20000 pekerja kesihatan telah digerakkan untuk menghadapi sebarang kecemasan dan lima helikopter penyelamat juga telah disediakan.

5. Lebih daripada 12,000 lelaki dan perempuan pemandu yang dikenali sebagai "mutawif" membantu mengaturkan penginapan jemaah.










2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...