Pages

Wednesday, November 23, 2011

Fakta : Matematik dalam kehidupan

Oooooo


Source : 9GAG

Apa itu IKHLAS?


Apa itu ikhlas? Ikhlas ni terlalu subjektif untuk dihuraikan. Ada satu perumpamaan yang sampai sekarang aku masih ingat mengenai ikhlas ni.

“Ikhlas itu umpama seekor semut hitam di batu yang hitam di malam hari yang gelap”

Baru-baru ni aku dengar ceramah dari Ustaz Mohammad Izzat bin Mohamed Ropi, Imam 1 Masjid Al Syakirin, Gombak. Ada satu kisah yang ustaz kongsi bersama iaitu kisah Burung Pipit dan Nabi Ibrahim A.S. Aku yakin ramai yang dah dengar kisah ni, tapi bagi yang belum aku kongsi di sini.


Kisah ni terjadi apabila Nabi Ibrahim A.S dibakar dalam timbunan kayu yang besar oleh Raja Namrud yang kejam. Ketika Nabi Ibrahim dibakar, ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. 

Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim dengan terbang mencari air dan membawa air dengan paruhnya yang kecil. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit tersebut lalu mereka bertanya;

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?"

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.

Lalu burung pipit itu pun menjawab "Sekurang-kurangnya aku berusaha membantu Nabi Allah dan tidak berdiam diri ketika baginda dibakar”

Ini menunjukkan keikhlasan si burung pipit dalam menjaga Nabi Allah. Walau kecil pun bantuan yang diberikan, ia tetap ikhlas dan keikhlasan dia sangat besar nilainya.

Bagaimana dengan kita? Seharian kita bekerja, seharian kita belajar, tetapi ikhlas ke kita? Apa niat kita buat semua itu? Kerana Allah?

Percayalah, Iblis juga takut orang yang ikhlas.

(surah al-hijr ayat 39-41)
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan (menjadikan mereka memandang baik) segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu (ikhlas) yang dibersihkan hatinya dari sebarang syirik. Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya."


Renung-renungkan dan jom beramal..:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...