Pages

Friday, June 29, 2012

Kentut dapat atasi Masalah Tekanan Darah Tinggi




Kajian baru menunjukkan bahawa seseorang dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dengan memakan kentut. Ini kerana kentut mengandungi hydrogen sulfide yang dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi ketika ianya dikaji atas tikus makmal.


So, anda berminat untuk test sama ada berkesan atau tidak treatment ini? Hahaha... tepuk dada tanya selera. 


Source : weirdasianews

Saturday, June 23, 2012

Tragis : Kepala Biri-biri Dicucuk Screwdriver



Seekor biri-biri menarik nafas lega setelah selamat walaupun kepalanya dicucuk screwdriver sepanjang 9 inci. Kejadian berlaku di South Wales dipercayai dilakukan oleh beberapa orang samseng.

Biri-biri ini bernasib baik kerana screwdriver tu tidak kena pada otaknya. Ia kini telah pulih dan kembali bergembira seperti biasa.



'Seperti mati hidup semula' Biri-biri 

Source : Dailymail 

Batman + Iron Man = ????



Haha..nak panggil apa ni ye…iron bat…batiron…hahaha






Source : 9GAG

Evolusi Logo Kereta



Kebanyakkan logo-logo kereta yang kita dapat lihat pada hari ini belum tentu sama dengan logo pada awal kewujudan mereka. Ada yang berevolusi mengikut peredaran masa, teknologi, pasaran, dan ikut suka tokey syarikat. Jom tengok beberapa contoh evolusi logo-logo kereta (termasuklah kereta Malaysia)


Aston Martin

Audi

BMW


Friday, June 22, 2012

Bulan-bulan Islam


Photo : ilmi-islam.com


(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram : Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar : Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir : Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir : Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab : Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Syaaban : Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan : Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal : Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah : Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.

Zulhijjah : Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Source : iluvislam


Cool : Underwater Hotel

Sebelum ni aku share pasal space hotel…jom tgk pulak underwater hotel yang akan dibina di Dubai. Sebanyak 21 buah bilik hotel akan dibina 10 meter dalam laut. Hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang, pusat menyelam, restoren, underwater scooters, dan juga sub-marine untuk explore laut dalam..jom ke Dubai..






Cool : Space Hotel



Orbital Technologies, sebuah syarikat Russia telah merancang untuk membuka hotel angkasa pada 2016. Hotel ini boleh memuatkan 7 orang dalam satu-satu masa…cool..







Tuesday, June 19, 2012

Jom ke Bulan




Tengok jangan sampai pening n muntah...hehe




Source : 9GAG 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...