Pages

Saturday, October 8, 2011

Analisa : Konvo UBD ke 23



Alhamdulillah, selamat sudah aku terima master aku dari Universiti Brunei Darussalam. Konvo UBD ke 23 dah diadakan pada 29 September 2011 (one day b4 my bday..hehe).  Aku nak cerita sikit perbezaan konvo di UBD dengan UiTM. Why UiTM? coz aku kan ex-student UiTM, keje kat UiTM lak tu...hehe



Actually, tak byk sgt perbezaan majlis konvo di UBD dengan UiTM...dua-dua penuh dengan protokol.


Canselor UiTM adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Canselor UBD pula adalah Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.





Jubah konvo UBD diimport khas dari London...bagi lelaki kena pakai songkok, bagi perempuan perlu pakai gandi (mcm songkok kecik). Tapi di UiTM, lelaki dan perempuan pakai mortarboard.



Set Jubah UBD
Set Jubah Konvo UiTM (model from Suwon)

Songkok (lelaki) dan gandi (perempuan)

Majlis konvo UBD hanya berlangsung selama satu hari, sesi pagi dan petang, maklumlah student yang graduate hanya dalam seribu orang. Kalau UiTM, program konvo pasti dekat 2 minggu, ye lah..sekali konvo dalam 40 ribu orang...hehe...


Majlis konvo UBD disiarkan secara langsung dalam RTB (Radio Televisyen Brunei) hehe...satu Brunei tgk budak2 konvo, nice...lagi satu, agak mudah masuk suratkhabar kat Brunei ni..hehe... 

Keratan akhbar Borneo Bulletin (sila cari saya..haha)

Kalau Konvo UiTM, majlis akan akan ada program nyanyi2 (masa break), Konvo UBD pulak start dengan bacaan Al-Quran..awesome, something different..

Walau apapun dua2 universiti ni dah bantu aku..alhamdulillah

thanks to my mom and my dad...and my miss nur..:)


Thanks juga kepada semua kawan-kawan di Brunei, Sopian (for ur house), Azmi (for ur car), Ida, Basreen, Hjh Ju, Hjh DD, Hjh Mai+Husband, Mina, Prava, Gek, Pg. Mutalib (for belacan, hehe), Pg. Jo, Calvin, Rachel, Amela, Hairina, and my Malaysian frens Nadirah and Salina...:)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...