Pages

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H



Image taken from CahayaDihati

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bersama-sama menyambut Maulidur Rasul yang penuh keberkatan ini.


Maulidur Rasul sepertimana yang kita semua sedia maklum merupakan sambutan hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Ianya jatuh pada 12hb Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. 

Aku pasti semua orang tahu dan sedar kemuliaan hari ini, tapi berapa ramai yang tahu untuk menghayatinya? Saban tahun orang ramai menyambut Maulidur Rasul dengan pelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan, sebagai tanda cinta kepada Rasulullah. Persoalannya, kenapa perlu tunggu sambutan MaulidurRasul baru nak tunjukkan rasa cinta pada Rasulullah? kenapa pada hari ini semua sibuk berselawat ke atas nabi tetapi pada hari-hari lain jarang sekali kita berbuat demikian. Begitukah tandanya cinta kita pada Rasulullah?

Ada orang sibuk berarak sambil berselawat dan memegang sepanduk. Bagus, memang bagus, semangat kecintaan itu terserlah tetapi cukupkah dengan berbuat demikian? Begitukah cara kita buktikan cinta kita pada Rasullullah? bagaimana dengan ajaran Rasulullah? Solat? Puasa? berapa orang yang tidak solat sekarang? tengok saja di ofis2 kita semua, berapa orang yang solat? (sorry, teremosi...:)). 

Pagi tadi aku tengok orang berarak memegang sepanduk sambil berselawat, alangkah indahnya kalau perkara ini dilakukan setiap hari..huh, bukan berarak tu, maksud aku berselawat setiap hari..apa kata kawan2, setiap hari masa kita bawa kereta nak pergi ofis kita berselawat dalam kereta tu, selawat pendek pun takpe, yang penting kita mulakan dulu, dah lama2 nanti pasti akan seronok.

Apa yang Rasullullah tinggalkan kepada kita? Al-Quran dan Hadis..itu pun ramai yang tidak menghargainya. Ramai orang islam pada hari ini menjadikan Al-Quran sebagai bentuk ritual semata-mata. Al-Quran hanya dibaca pada perayaan-perayaan tertentu, kalau tiada apa2, Al-Quran hanya diletak atas almari...come on my friends, Al-Quran sangat indah... apa kata bermula hari ini kita semua membaca Al-Quran setiap hari, lepas subuh tu baca la..jangan baca banyak2, satu-dua page saja..kalau baca banyak nanti tak kekal, biar sikit asalkan konsisten (berterusan). Memang tak faham, mulakan dulu, bila dah biasa nanti kita cari tafsir. InsyaAllah..mari sama2 mulakan hari dengan membaca Al-Quran..:)

Sebenarnya aku tulis ni bukannya sebab aku "macam bagus je". Aku pun masih lemah dan tidak tahu macam mana nak membuktikan rasa cinta aku pada Rasulullah berbanding macam mana Rasulullah mencintai umatnya. Jadi, apa yang mampu aku lakukan adalah dengan mengajak kawan2 untuk sama2 buktikan cinta pada Rasulullah. Bukan hanya dengan berarak, memegang sepanduk, tetapi lebih dalam dari itu. Jom sama2 kita gali lagi perasaan cinta itu. Bagaimana? kita mulakan dengan membaca Sirah Rasulullah, refresh semula pemahaman kita atas perjuangan, sunnah, dan sifat-sifat terpuji Rasulullah....insyaAllah kita pasti boleh..

Oklah, akhir kata renung-renungkan dan marilah bersama beramal...:)

Image taken from ambo

Nukilan : daridz



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...