Pages

Tuesday, February 1, 2011

Gempar : Berat Mr. Ridz turun 6Kg dalam masa 3 Minggu

1/2/2011 (Isnin) : Percaya kah anda dalam masa tiga minggu sahaja berat seseorang boleh turun mendadak sehingga 6KG ? Perkara yang agak aneh ini berlaku ke atas Mr. Ridz, penulis blog da’ridz.

Ramai wartawan dari luar dan dalam negara bergegas menemui Mr. Ridz untuk mendapatkan isu panas ini. Namun begitu, mereka gagal mendapatkan menemui Mr. Ridz yang ketika ini agak sibuk di pejabat. Tetapi, bagi tidak menghampakan pembaca, para wartawan berusaha mendapatkan kebenaran berita ini dengan menemuramah orang ramai yang mengenai Mr. Ridz.


"Benar…sangat benar…saya tengok dengan mata saya sendiri, mr. ridz timbang berat depan saya…Saya betul-betul terkejut dan terharu…Mr. Ridz yang dulu saya kata gemuk kini sudah kurus…lebih kurus dari saya “ kata En. Basreen sambil menyanyikan lagu bertajuk Syukur (Raihan).












"Terkejut saya melihat Mr. Ridz sekarang...betul-betul tak sangka dalam masa 3 minggu sahaja dia boleh turunkan berat sebanyak tu...saya sangat jealous dengan dia..mengapa dia berjaya kuruskan badan? mengapa saya tidak boleh? setiap hari saya bersenam, pergi kerja pun naik basikal... tetapi masih begini lagi...:( " Kata Hjh Ju sambil memukul basikalnya tanda protes atas kejayaan Mr. Ridz menurunkan berat badan.







Bukan semua orang percaya akan perkhabaran ini. Dikatakan ada pihak yang mengganggap  perkara ini mengarut dan tidak mungkin berlaku.


Maskot PAKCe

Perkara ini tidak betul....mana boleh dalam masa 3 minggu sahaja dia boleh turunkan 6kg..Saya yakin mesin penimbang dia rosak...atau mungkin dia dah rasuah jururawat yang timbang berat dia. Saya kini dalam proses menyiapkan proposal bagi menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat perkara ini. 



Saya juga telah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) untuk menyiasat salah laku Mr. Ridz dalam memanipulasi laporan sebenar berat beliau " Ujar Miss Elida Mercia Amor, selaku wakil Persatuan Anti orang Kurus Cepat (PAKCe) 

Memandangkan isu ini semakin serius, pihak wartawan cuba mendapatkan ulasan pakar Kejadian Aneh dan misteri, Hjh Maimunah..

"Perkara begini bukan mustahil sama sekali. Ia boleh terjadi dan sebenarnya telah banyak terjadi di seluruh dunia. Contohnya, 2 tahun lepas, seorang gadis di Mexico telah berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 2 minggu sahaja. Malah di Amerika, seorang pakcik berusia 50 tahun tiba-tiba dapat turunkan berat badan sebanyak 15kg dalam masa 7 hari. Ramai pakar-pakar di seluruh dunia berusaha mencari punca atau penyebab fenomena ini yang dikatakan boleh membantu menyembuhkan penyakit obesiti yang telah menjadi penyakit wajib di seluruh dunia. Saya juga ingin mengetahui rahsia Mr. Ridz sehingga mampu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sebegitu." Ujar Hajah Maimunah yang ditemui ketika sedang memasak di kenduri kahwin rumah jirannya di Kg. Katok.

Apakah rahsia Mr. Ridz? adakah Mr. Ridz mengambil ubat kurus? Adakah Mr. Ridz membuat pembedahan membuang lemak?....Perkara ini terus menjadi misteri yang tidak dapat diungkai oleh para wartawan kami.

Nantikan sambungan laporan ini....

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...