Pages

Saturday, January 22, 2011

Fakta : MAS kena Hijack

Pernah dengar MAS kena hijack? Mesti ramai yang tak pernah dengar kes ni dan kalau ada pun mesti ada banyak version kan…actually MAS memang pernah hijack pada tahun 1977…dah lama dah…masa tu aku pun belum lahir lagi..tapi kawan aku yang namanya Basreen,  Iskandar, Idah (bukan nama sebenar), dah lahir dah time ni…..: no taken ye bro n sis...:)

oklah...cerita dia macam ni...


MH653 (Boeing 737-2H6)
Pesawat MH653 berlepas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada jam 7.21pm. Masa on da way ke KL pada ketinggian 4000 kaki, pesawat tersebut dilaporkan telah dirampas atau kena hijack. Serius...macam filem pulak.


Penumpang MAS (gambar hiasan)

Perampas menuntut pesawat tu diterbangkan terus ke Singapura. Rakaman kotak hitam membuktikan yang kokpit pesawat telah dipecah masuk oleh perampas dan terdengar bunyi orang menjerit dan kemudiannya semuanya jadi diam. Tiada bunyi yang menunjukkan ada orang yang sedar atau dalam kata lain masih hidup dalam kokpit pesawat. Menurut laporan ketika on the way ke Singapura tu, perampas telah menembak mati kedua-dua juruterbang dan kemudian menembak dirinya sendiri....serius tragis..

Penyiasat membuat spekulasi yang autopilot terputus dan ada orang yang cuba mengendalikan pesawat setelah kedua-dua pilot terbunuh, tetapi orang tu tak berjaya control pesawat tu lalu pesawat tu menjunam jatuh di Tanjong Kupang kat Johor pada jam 8.36pm. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa pesawat di meletup di udara dan bukannya terhempas. Wallahualam... Dikatakan kesemua 107 orang terkorban dalam kejadian ni...termasuk krew dan penumpang...al-Fatihah...




Keratan akhbar The Fresno Bee (click for large)
Siapa yang hijack sebenarnya?

Siapa dan mengapa pesawat ini dirampas masih tidak dapat dipastikan sehingga kini. Macam-macam teori yang boleh didengar tapi kesahihannya tidak dapat dibuktikan 100% kerana kekurangan bukti.

Ada banyak kisah lain di sebalik hijack ni..

1. Ada seorang menteri dan beberapa orang bodyguard dia jadi mangsa dalam insiden ni... dikatakan bodyguard dia ada bergasak dengan hijacker..(lecturer aku cite la)

2. Beberapa orang pemberontak Cuba yang rampas kerana dikatakan Duta Cuba turut berada dalam pesawat tersebut.

3. Pesawat dirampas oleh Japanese Red Army

4. Pesawat dirampas oleh militan Vietnam selepas Singapura menangkap 3 orang rakan mereka yang hijack pesawat DC3 Vietnam Air.

Yang mana satu yang betul masih menjadi tanda-tanya...misteri...


Gambar hiasan

Sumber cerita : 
1. Prof. Dr. Rozhan Othman (dalam kelas MOB, HRM, SM)



2 comments:

  1. mcm mn lecturer tu tau bodyguard tu bergasak dgn hijacker tu klu suma org dlm tu mati???? hehehe

    ReplyDelete
  2. errrr...kena tanya prof. rozhan...hehe..dia dengar cite dari kawan dia (org MAS rasanya)...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...