Pages

Tuesday, December 28, 2010

Fakta : “Kembar” Jalur Gemilang

Kali ni aku nak tulis pasal Bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Tahukah korang yang ada bendera negara lain yang seakan sama dengan Jalur Gemilang? Yang kita tahu selama ni semestinya bendera Amerika kan. Tapi ada lagi beberapa buah negara yang jarang kita dengar. Sebelum aku dedahkan negara mana, baik aku kongsi beberapa info pasal Jalur Gemilang.


  1. Mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur  merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. 
  2. 14 jalur merujuk kepada 13 buah negeri dan 1 Kerajaan Persekutuan.
  3. Warna biru tua bermakna perpaduan rakyat Malaysia.
  4. Anak bulan merujuk kepada Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia.
  5. Perasan tak yang bintang tu ada 14 bucu? Ia merujuk kepada perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  6. Warna kuning merupakan warna DiRaja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.
  7. Jalur Gemilang direka oleh En. Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan di Johor dan ianya mula dikibarkan pada 26 Mei 1950.


So, sekarang aku dedahkan tiga bendera yang seakan sama dengan Jalur Gemilang. Sebelum tu aku nak ingatkan bahawa Jalur Gemilang tidak ditiru dari mana-mana bendera. Ianya original dan melambangkan bangsa Malaysia. huh..patriotik betul aku...hehe..so, jom tengok kajian aku ni...


BENDERA AMERIKA


  1. 13 jalur merah dan putih mewakili 13 koloni asal yang memberontak ke atas pemerintahan British untuk menjadi negeri-negeri pertama dalam Kesatuan.
  2.  50 bintang kecil bewarna putih pula mewakili 50 buah negeri di Amerika.
  3. Warna putih menggambarkan kesucian dan kejujuran, merah melambangkan ketahanan dan keberanian sementara biru untuk kewaspadaan, ketekunan dan keadilan.




BENDERA LIBERIA


  1. Republik Liberia adalah sebuah negara di pantai barat Afrika.
  2. 11 garis merah dan putih melambangkan penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Liberia pada 26 July 1847 
  3. Bintang putih merupakan kebebasan yang diberikan kepada bekas hamba abdi Amerika (sebab tu bendera dia nak dekat sama dengan bendera Amerika. Kebanyakan rakyat Liberia merupakan bekas hamba abdi Amerika)
  4. Kotak biru merujuk kepada dataran Afrika



BENDERA BIKINI ATOLL


Seriusla, ni bukan Bikini Bottom macam dalam cite spongebob tu...tapi Bikini Atoll.

  1. Merupakan ahli Republik Marshall Island (link)
  2. Terletak di tengah Lautan Pasifik, di antara Australia dan Hawaii
  3. Bendera ini seakan sama dengan bendera Amerika atas simbolik kepercayaan rakyat Bikini bahawa Amerika masih mempunyai hutang yang besar kepada Bikini.Ini kerana pada tahun 1954, Amerika telah menjatuhkan bom nuklear ke pulau ini bagi tujuan latihan.  
  4. 23 bintang putih mewakili 23 pulau Bikini Atoll
  5. 3 bintang hitam di sebelah kanan atas mewakili tiga pulau yang terjejas teruk pada Mac 1954 semasa ujian Bravo 15-megatron oleh America
  6. 2 bintang hitam di sudut kanan bawah merujuk kepada penempatan rakyat Bikini sekarang iaitu Kili Island dan Ejit Island.
  7. Kata-kata "MEN OTEMJEJ REJ ILO BEIN ANIJ," bermaksud semuanya di tangan Tuhan. Ia mewakili kata-kata yang diucapkan oleh pemimpin Bikini pada 1946 kepada Amerika yang ketika itu meminta Bikini menyerahkan pulau mereka untuk ujian nuklear. Suka hati dia je mintak pulau orang...






So, jom kita tengok lagi sekali persamaan kesemua bendera ni.



Bagi aku bendera Malaysia paling cool...:). Kesemuanya seakan sama, tetapi masing-masing mempunyai identiti sendiri dan melambangkan bangsa negara masing2.

Kajian oleh : daridz 

2 comments:

  1. very good info...

    ReplyDelete
  2. Pelanggan yang dihormati,

    Apakah keperluan kewangan anda?
    Kami memberi pinjaman kepada individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan dan Idea perniagaan tetapi sukar untuk bermula kerana kekurangan modal permulaan. ( Tawaran dari $5,000 hingga $250,000 atau lebih )

    Dapatkan pinjaman jangka pendek dan panjang segera untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

    Di bawah adalah beberapa idea perniagaan dengan pelaburan rendah dan keuntungan tinggi yang anda boleh melabur.

    Pasaraya
    Perancang perkahwinan
    Jualan/bekalan haiwan peliharaan
    Pereka dalaman
    Rekaan Barang Kemas
    Restoran makanan segera
    Gim atau Pusat Kecergasan
    Salon Kecantikan/Butik Fesyen dll.

    Dengan kadar faedah 2% yang berpatutan dan tempoh 1 hingga 15 tahun
    Untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...