Siapa yang suka hari Isnin? hehe..Isnin merupakan hari yang kurang digemari oleh kebanyakan orang. Ini aku kongsi beberapa fakta menarik mengenai hari Isnin.
1. Kebanyakan orang tidak senyum sehingga jam 11.16pagi
Kajian yang dibuat di England mendapati kebanyakan orang mula senyum pada jam 11.16 pagi di hari Isnin
2. Lebih 50% pekerja lambat ke kerja
3. Kebanyakan orang akan mengeluh mengenai hari Isnin selama 12 minit.
4. Kebanyakan orang dalam lingkungan umur 45 dan 54 akan terseksa dengan Monday Blues
5. Pekerja hanya mampu untuk menjadi produktif selama 3 jam setengah sahaja
6. Isnin merupakan hari paling ramai orang bunuh diri
7. Isnin merupakan hari paling ramai orang diserang sakit jantung
Kajian oleh British Medical Journal mendapati kes serangan sakit jantung meningkat 20% pada hari isnin. Ini mungkin kerana stress dan tekanan darah tinggi kerana kembali bekerja.
8. Hari Isnin merupakan hari yang kurang turunnya hujan…so…susah nak amik EL…hehe
9. Isnin merupakan hari yang paling best untuk beli kereta
Ini kerana, pada hari Isnin, salesman baru je kenyang dengan sales yang banyak pada hari Sabtu dan Ahad (Weekend). Kebanyakan hari Isnin, tak ramai customer, dan juga masih banyak hari lagi untuk sampai Sabtu dan Ahad semula. Jadi, salesman akan terdorong untuk turunkan harga jualan sebab nak buat sales…
So, SELAMAT HARI ISNIN..hehe
Source : Oddee
No comments:
Post a Comment