Aku sambung sikit lagi info2 pasal Brunei yang orang jarang tahu.
1. Hanya ada 8 buah outlet KFC dan 1 McDonald di seluruh negara Brunei.
2. Bangunan-bangunan di sekitar kawasan masjid tidak boleh lebih tinggi dari aras Kubah Masjid. Interesting kan...
Masjid Jame Al Asr |
Masjid Omar ‘Ali Saifuddien |
3. Starting salary gomen for fresh graduate (degree) adalah B$2630 (RM6050 est.) dan itu hanya basic je, tak termasuk elaun2 lagi. Serius banyak tu…..dan gaji ni tak pernah dikaji semula sejak Brunei merdeka pada tahun 1984. Kalau sekarang dah besar nilainya, macam mana la 26 tahun lepas, pasti lagi besar nilainya. Tak adil kalau aku nak compare gaji Brunei dengan gaji gomen kat Malaysia..ye la, lain negara lain budgetnye..:(
4. Public Transport merupakan taboo di Brunei..sangat susah nak dapat bas atau teksi. Aku tinggal di hostel UBD, dan setiap kali nak keluar bandar mesti berjanggut tunggu bas, paling lama pernah aku tunggu bas dekat 2 jam..sampai aku give up, terus balik bilik dan tidur. Last2 aku dapat idea, aku amik no phone konduktor bus…senang, nak keluar je sms dia tanya pukul berapa bas masuk kampus..hehe…jimat masa menunngu aku. Lagi satu, aku selalu mintak tolong kawan aku bawa keluar, antara kawan2 baik hati yang selalu bawak aku keluar ialah Azmi a.k.a Gboy, Basreen dan Iskandar…Serius baik dorang tu…hehe.
Bas No.58 (UBD to Bandar) |
Aku, Basren & Iskandar |
Aku dan Azmi |
5. Entertainment? ramai orang cakap kat Brunei ni takda life especially during nighttime….em, actually its true and wrong. Memang di Brunei tiada night club macam kat KL nuh, tapi menurut kawan Brunei aku (nama dirahsiakan) diorang ada underground party dimana diorang buat club kat rumah sendiri. kira private club la, hanya untuk yang dijemput sahaja…errr..no comment, taktau sejauh mana betulnya..aku bukan layan pun menda2 macam ni...
6. So far yang aku tahu ada 3 sahaja panggung wayang kat Brunei iaitu kat The Mall Gadong, Qlap, dan Empire Hotel.
menarik. bagaimana pula dengan gaji fresh graduate swasta di brunei?adakah lebih tinggi atau rendah?
ReplyDeletetidak pasti pula...:)
ReplyDelete