Pages

Tuesday, December 13, 2011

Cool : Laser Projection Keyboard untuk jadi lebih hensem


Anda suka teknologi? Tak cukup dengan iPad, Samsung Galaxy S2 (ehem2)? Apa kata anda beli gadget ni pulak….


Celluon Magic Cube akan membuatkan anda bertambah hensem dan cool di samping iPad, Samsung Galaxy S2 (ehem2), iPhone, MacBook anda…ia juga boleh digunakan untuk laptops yang ada bluetooth dan smartphones yang lain.


Ia dijual dengan harga $169.99…cool..


Source : Toxel

Fakta : Yang di-Pertuan Agong ke-14

Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah secara rasminya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14 pada 13 Disember 2011.

Berikut adalah fakta-fakta berkaitan Tuanku Sultan:

1. Baginda diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927 (kini berusia 84 tahun)

2. Baginda menaiki takhta pemerintahan Kedah dari 14 Julai 1958 hingga kini. (53 tahun)

3. Baginda merupakan Sultan Islam yang paling lama memerintah iaitu selama 53 tahun. Ia diikuti Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah (5 Oktober 1967 – Kini, 44 tahun).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

4. Di dunia, Baginda merupakan Sultan atau raja yang ketiga paling lama memerintah selepas Raja Thailand Bhumibol Adulyadej (9 Jun 1946 – kini , 65 tahun) dan Queen Elizabeth II (6 Feb 1952 – kini, 59 tahun).

Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej  

Queen Elizabeth II 

5. Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj merupakan Paduka Ayahanda Saudara Baginda. 


Tuanku Abdul Rahman 

6.Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 iaitu pada 1970 hingga 1975. Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj (Perdana Menteri ke-2).

Baginda ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5

Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj 

7. Pada kali ini, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan Perdana Menteri sekarang adalah YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak


Source : kdymmtuankusultan & TV Al-Hijrah

Sunday, December 11, 2011

Fakta : Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

SubhanAllah……gerhana bulan penuh berlaku lagi..gerhana ni bukan sahaja dapat dilihat di Malaysia tetepi juga di negara Asia Tenggara lain, China, Japan, Korea, eastern Russia, Australia, New Zealand dan western Pacific.

Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila Bulan bergerak ke dalam bayang-bayang Bumi. Walaupun ia menjadi malap, Bulan masih boleh dilihat kerana ia dinyalakan dengan melepaskan cahaya matahari melalui atmosfera planet kita.

Oleh kerana ia bergerak ke dalam bahagian paling gelap pada bayang-bayang, atau Umbra, ia akan kelihatan kelabu atau merah. Ini adalah kerana cahaya daripada Matahari bertaburan apabila ia mencecah atmosfera Bumi. Faham tak? Tengok je la gambar ni…


Berikut adalah gambar-gambar gerhana bulan yang dapat dilihat di beberapa buah negara.

                                                    New Delhi, India

Misaki City, Japan


San Francisco

Tokyo Tower
Ini pula video kejadian di Malaysia..



Source : Dailymail

Friday, December 9, 2011

Jawatan Kosong di Fakulti Perubatan, UiTM

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan  Kontrak (OS29000) di  Fakulti Perubatan  UiTM  Kampus Selayang/ Kampus Sg Buloh.


Sila klik medicine.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.



Monday, November 28, 2011

Anda rasa cool bila buat macam ni?

Hehe...kadang-kadang rasa gak...:)


P/s: Miss Nur Elida suka buat macam ni di Kulim

Source : 9GAG

Saturday, November 26, 2011

Fakta : Men's and Women's Shopping Patterns

Hehe..worldwide situation..LOL


Source: 9GAG

Doa Akhir dan Awal Tahun

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Sempena hari yang mulia ini, mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri supaya dapat memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan  kepada Allah SWT. Selain itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW…aminnn…

Aku kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang sebaiknya dibaca menjelang tiba tahun baru hijrah.


Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Berikut adalah doanya:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!

Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...