Pages

Saturday, January 8, 2011

da'ridz is back

Dah seminggu aku tak update blog aku ni…sorry ye kekawan..actually aku pergi bercuti sebelum lapor diri bertugas semula di UiTM.

Mula2 aku pergi ke Kulim, Kedah..tido satu malam n then gerak ke Kelantan..first time tu drive ikut Grik..biasa gi Kelantan ikut Gua Musang. Aku stay 3 malam 2 hari di Kubang Kerian, Kelantan .

Banyak menda menarik aku jumpa sepanjang percutian aku di Kedah dan Kelantan..aku akan tulis dalam next post….hehe..

Wednesday, December 29, 2010

Cool : Singing your McD order

Cool la diaorang ni, cuba buat masa org tgh beratur panjang, sure ada yang makan gitar tu..hehe..yang akak McD pun layan gak….awesome betul..

Tuesday, December 28, 2010

Fakta : “Kembar” Jalur Gemilang

Kali ni aku nak tulis pasal Bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Tahukah korang yang ada bendera negara lain yang seakan sama dengan Jalur Gemilang? Yang kita tahu selama ni semestinya bendera Amerika kan. Tapi ada lagi beberapa buah negara yang jarang kita dengar. Sebelum aku dedahkan negara mana, baik aku kongsi beberapa info pasal Jalur Gemilang.


  1. Mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur  merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. 
  2. 14 jalur merujuk kepada 13 buah negeri dan 1 Kerajaan Persekutuan.
  3. Warna biru tua bermakna perpaduan rakyat Malaysia.
  4. Anak bulan merujuk kepada Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia.
  5. Perasan tak yang bintang tu ada 14 bucu? Ia merujuk kepada perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  6. Warna kuning merupakan warna DiRaja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.
  7. Jalur Gemilang direka oleh En. Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan di Johor dan ianya mula dikibarkan pada 26 Mei 1950.


So, sekarang aku dedahkan tiga bendera yang seakan sama dengan Jalur Gemilang. Sebelum tu aku nak ingatkan bahawa Jalur Gemilang tidak ditiru dari mana-mana bendera. Ianya original dan melambangkan bangsa Malaysia. huh..patriotik betul aku...hehe..so, jom tengok kajian aku ni...

Sunday, December 26, 2010

Poor internet connection





Tensen tul, dah 2 hari internet slow macam siput tercekit batu….tak dapat nak update blog sangat. Anyway jom tengok Final AFF Suzuki Cup ni..Malaysia vs. Indonesia..chow.


update : Malaysia won 3-0 against Indonesia...nice game.....tak sabar nak tengok 2nd game on 29th December 

Thursday, December 23, 2010

Berita tak best buat Lelaki di Malaysia



Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) yang berlangsung dari 6 Julai hingga 22 Ogos lalu (Petikan akhbar Berita Harian,22 Disember 2010).

Apa cerita ni, lelaki lebih ramai pulak dari perempuan…huh….tak cukup la perempuan Malaysia untuk jadi isteri..nampak gayanya lelaki Malaysia kena start fikir untuk import isteri dari luar la…hehe…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...