Source: 9GAG
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Wednesday, December 14, 2011
Kreatif : Bagaimana nak nampak cool dan kacak?
UD Replicas dari Toronto telah mereka baju bagi biker a.k.a mat rempit mengikut watak-watak superhero….memang cool bean, aku pun nak satu…hahaha
Satu set lengkap berharga £750..ehem2
Labels:
Creative
Tuesday, December 13, 2011
Cool : Laser Projection Keyboard untuk jadi lebih hensem
Anda suka teknologi? Tak cukup dengan iPad, Samsung Galaxy S2 (ehem2)? Apa kata anda beli gadget ni pulak….
Celluon Magic Cube akan membuatkan anda bertambah hensem dan cool di samping iPad, Samsung Galaxy S2 (ehem2), iPhone, MacBook anda…ia juga boleh digunakan untuk laptops yang ada bluetooth dan smartphones yang lain.
Ia dijual dengan harga $169.99…cool..
Source : Toxel
Labels:
Creative
Fakta : Yang di-Pertuan Agong ke-14
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14 |
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah secara rasminya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14 pada 13 Disember 2011.
Berikut adalah fakta-fakta berkaitan Tuanku Sultan:
1. Baginda diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927 (kini berusia 84 tahun)
2. Baginda menaiki takhta pemerintahan Kedah dari 14 Julai 1958 hingga kini. (53 tahun)
3. Baginda merupakan Sultan Islam yang paling lama memerintah iaitu selama 53 tahun. Ia diikuti Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah (5 Oktober 1967 – Kini, 44 tahun).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien |
4. Di dunia, Baginda merupakan Sultan atau raja yang ketiga paling lama memerintah selepas Raja Thailand Bhumibol Adulyadej (9 Jun 1946 – kini , 65 tahun) dan Queen Elizabeth II (6 Feb 1952 – kini, 59 tahun).
Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej |
Queen Elizabeth II |
5. Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj merupakan Paduka Ayahanda Saudara Baginda.
Tuanku Abdul Rahman |
6.Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 iaitu pada 1970 hingga 1975. Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj (Perdana Menteri ke-2).
Baginda ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 |
Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj |
7. Pada kali ini, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan Perdana Menteri sekarang adalah YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak |
Source : kdymmtuankusultan & TV Al-Hijrah
Labels:
Fakta
Sunday, December 11, 2011
Fakta : Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011
SubhanAllah……gerhana bulan penuh berlaku lagi..gerhana ni bukan sahaja dapat dilihat di Malaysia tetepi juga di negara Asia Tenggara lain, China, Japan, Korea, eastern Russia, Australia, New Zealand dan western Pacific.
Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila Bulan bergerak ke dalam bayang-bayang Bumi. Walaupun ia menjadi malap, Bulan masih boleh dilihat kerana ia dinyalakan dengan melepaskan cahaya matahari melalui atmosfera planet kita.
Oleh kerana ia bergerak ke dalam bahagian paling gelap pada bayang-bayang, atau Umbra, ia akan kelihatan kelabu atau merah. Ini adalah kerana cahaya daripada Matahari bertaburan apabila ia mencecah atmosfera Bumi. Faham tak? Tengok je la gambar ni…
Berikut adalah gambar-gambar gerhana bulan yang dapat dilihat di beberapa buah negara.
New Delhi, India |
Misaki City, Japan |
San Francisco |
Tokyo Tower |
Ini pula video kejadian di Malaysia..
Source : Dailymail
Labels:
Fakta
Friday, December 9, 2011
Jawatan Kosong di Fakulti Perubatan, UiTM
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak (OS29000) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang/ Kampus Sg Buloh.
Sila klik medicine.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Labels:
UiTM
Subscribe to:
Posts (Atom)