Pages

Monday, October 31, 2011

Fakta : Warga Bumi ke 7 Billion


Bayi 7000000000 (hahaha…7 billion) dunia telah dilahirkan di sebuah hospital di Filipina. Bayi bernama Danica Mei Camacho telah dipilih oleh PBB sebagai simbolik warga bumi mencapai jumlah 7 billion.

Danica Mei Camacho 

PBB membuat kempen ni untuk menarik perhatian warga bumi (hahaha) bahawa jumlah penduduk dunia semakin bertambah dan pelbagai cabaran perlu dihadapi bersama. Bangkitlah wahai makhluk bumi...hehe..awesome.

Source : Guardian & NatGeo

Polis vs. Lembu

Seekor lembu ditembak mati oleh polis setelah lembu itu cuba melarikan diri dari perjalanan ke rumah sembelihan. Bunyi pelik kan, tapi itu lah yang terjadi di Kanada.

Polis berkenaan fikir yang lembu tu merbahaya dan bakal mengancam keselamatan awam. Tapi betul ke tindakan dan cara polis tu?

Jom tengok gambar kejadian dan video pada akhir post ini. 


Sunday, October 30, 2011

Her diary vs. His diary



Source : 9GAG & Pearliegates

Back to the future


Aku memang suka kisah-kisah time travel, dan cerita yang paling aku suka adalah Back to the Future…kali ni aku nak kongsi gambar-gambar lama yang diletakkan di tempat asal gambar tu diambil..awesome..



Realiti : Ular Sawa kantoi makan rusa


Seekor ular sawa Burma sepanjang 16 kaki kena tangkap dan dibunuh di Taman Negara Amerika Syarikat. Apa yang menariknya dalam perut ular tu ada seekor rusa cukup sifat, sian rusa tu...



















Sila tekan link di bawah untuk tengok gambar seterusnya...(jangan buka jika sedang makan)

Thursday, October 27, 2011

Serius : Anak tukar kepala dengan bapa


Kalau sebelum ni aku ada post kisah company tukar2 logo, ni aku tunjuk pulak apa jadi bila anak tukar kepala dengan mak ayah….hehehe

Wednesday, October 26, 2011

Kreatif : Tukar logo suka sama suka?


Apa jadi bila company2 besar tukar logo dorang dengan company lain? Ini merupakan projek kreatif oleh Graham Smith .



Sunday, October 23, 2011

Tahan Sakit...:) hahaha


Haha…ingat masa kena cucuk BCG dulu…:)




Source : 9GAG

Realiti : Ciuman nekad


Cerita bermula apabila seekor anjing bernama Labrador Coda terperangkap dalam rumah tuannya yang terbakar . Coda ni dah nyawa-nyawa ikan (jangan confuse, dia anjing bukan ikan) kerana sesak nafas akibat berhidu asap kebakaran. Apa yang menariknya Jamie Giese, angota Bomba, dengan berani dan nekad membuat CPR (pernafasan mulut ke mulut) pada Coda….awesome…memang terbaik.

Jamie Giese sedang membuat CPR pada Coda



Coda dengan tuan dia

Coda kelihatan gembira setelah diselamatkan...

Inilah contoh yang perlu kita ikuti . Sebagai Khalifah di muka bumi ni, kita (manusia) perlu membantu makhluk Allah yang lain coz mereka pun ada hak untuk hidup sama....:)

Source : Dailymail

Saturday, October 8, 2011

Analisa : Konvo UBD ke 23



Alhamdulillah, selamat sudah aku terima master aku dari Universiti Brunei Darussalam. Konvo UBD ke 23 dah diadakan pada 29 September 2011 (one day b4 my bday..hehe).  Aku nak cerita sikit perbezaan konvo di UBD dengan UiTM. Why UiTM? coz aku kan ex-student UiTM, keje kat UiTM lak tu...hehe



Actually, tak byk sgt perbezaan majlis konvo di UBD dengan UiTM...dua-dua penuh dengan protokol.


Canselor UiTM adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Canselor UBD pula adalah Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.





Jubah konvo UBD diimport khas dari London...bagi lelaki kena pakai songkok, bagi perempuan perlu pakai gandi (mcm songkok kecik). Tapi di UiTM, lelaki dan perempuan pakai mortarboard.



Set Jubah UBD
Set Jubah Konvo UiTM (model from Suwon)

Songkok (lelaki) dan gandi (perempuan)

Majlis konvo UBD hanya berlangsung selama satu hari, sesi pagi dan petang, maklumlah student yang graduate hanya dalam seribu orang. Kalau UiTM, program konvo pasti dekat 2 minggu, ye lah..sekali konvo dalam 40 ribu orang...hehe...


Majlis konvo UBD disiarkan secara langsung dalam RTB (Radio Televisyen Brunei) hehe...satu Brunei tgk budak2 konvo, nice...lagi satu, agak mudah masuk suratkhabar kat Brunei ni..hehe... 

Keratan akhbar Borneo Bulletin (sila cari saya..haha)

Kalau Konvo UiTM, majlis akan akan ada program nyanyi2 (masa break), Konvo UBD pulak start dengan bacaan Al-Quran..awesome, something different..

Walau apapun dua2 universiti ni dah bantu aku..alhamdulillah

thanks to my mom and my dad...and my miss nur..:)


Thanks juga kepada semua kawan-kawan di Brunei, Sopian (for ur house), Azmi (for ur car), Ida, Basreen, Hjh Ju, Hjh DD, Hjh Mai+Husband, Mina, Prava, Gek, Pg. Mutalib (for belacan, hehe), Pg. Jo, Calvin, Rachel, Amela, Hairina, and my Malaysian frens Nadirah and Salina...:)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...