Pages

Wednesday, December 21, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Kreatif : Bagaimana nak nampak cool dan kacak?


UD Replicas dari Toronto telah mereka baju bagi biker a.k.a mat rempit mengikut watak-watak superhero….memang cool bean, aku pun nak satu…hahaha

Satu set lengkap berharga £750..ehem2


Tuesday, December 13, 2011

Cool : Laser Projection Keyboard untuk jadi lebih hensem


Anda suka teknologi? Tak cukup dengan iPad, Samsung Galaxy S2 (ehem2)? Apa kata anda beli gadget ni pulak….


Celluon Magic Cube akan membuatkan anda bertambah hensem dan cool di samping iPad, Samsung Galaxy S2 (ehem2), iPhone, MacBook anda…ia juga boleh digunakan untuk laptops yang ada bluetooth dan smartphones yang lain.


Ia dijual dengan harga $169.99…cool..


Source : Toxel

Fakta : Yang di-Pertuan Agong ke-14

Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah secara rasminya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14 pada 13 Disember 2011.

Berikut adalah fakta-fakta berkaitan Tuanku Sultan:

1. Baginda diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927 (kini berusia 84 tahun)

2. Baginda menaiki takhta pemerintahan Kedah dari 14 Julai 1958 hingga kini. (53 tahun)

3. Baginda merupakan Sultan Islam yang paling lama memerintah iaitu selama 53 tahun. Ia diikuti Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah (5 Oktober 1967 – Kini, 44 tahun).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

4. Di dunia, Baginda merupakan Sultan atau raja yang ketiga paling lama memerintah selepas Raja Thailand Bhumibol Adulyadej (9 Jun 1946 – kini , 65 tahun) dan Queen Elizabeth II (6 Feb 1952 – kini, 59 tahun).

Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej  

Queen Elizabeth II 

5. Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj merupakan Paduka Ayahanda Saudara Baginda. 


Tuanku Abdul Rahman 

6.Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 iaitu pada 1970 hingga 1975. Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj (Perdana Menteri ke-2).

Baginda ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5

Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj 

7. Pada kali ini, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan Perdana Menteri sekarang adalah YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak


Source : kdymmtuankusultan & TV Al-Hijrah

Sunday, December 11, 2011

Fakta : Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

SubhanAllah……gerhana bulan penuh berlaku lagi..gerhana ni bukan sahaja dapat dilihat di Malaysia tetepi juga di negara Asia Tenggara lain, China, Japan, Korea, eastern Russia, Australia, New Zealand dan western Pacific.

Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila Bulan bergerak ke dalam bayang-bayang Bumi. Walaupun ia menjadi malap, Bulan masih boleh dilihat kerana ia dinyalakan dengan melepaskan cahaya matahari melalui atmosfera planet kita.

Oleh kerana ia bergerak ke dalam bahagian paling gelap pada bayang-bayang, atau Umbra, ia akan kelihatan kelabu atau merah. Ini adalah kerana cahaya daripada Matahari bertaburan apabila ia mencecah atmosfera Bumi. Faham tak? Tengok je la gambar ni…


Berikut adalah gambar-gambar gerhana bulan yang dapat dilihat di beberapa buah negara.

                                                    New Delhi, India

Misaki City, Japan


San Francisco

Tokyo Tower
Ini pula video kejadian di Malaysia..



Source : Dailymail

Friday, December 9, 2011

Jawatan Kosong di Fakulti Perubatan, UiTM

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan  Kontrak (OS29000) di  Fakulti Perubatan  UiTM  Kampus Selayang/ Kampus Sg Buloh.


Sila klik medicine.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.



Monday, November 28, 2011

Anda rasa cool bila buat macam ni?

Hehe...kadang-kadang rasa gak...:)


P/s: Miss Nur Elida suka buat macam ni di Kulim

Source : 9GAG

Saturday, November 26, 2011

Fakta : Men's and Women's Shopping Patterns

Hehe..worldwide situation..LOL


Source: 9GAG

Doa Akhir dan Awal Tahun

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Sempena hari yang mulia ini, mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri supaya dapat memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan  kepada Allah SWT. Selain itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW…aminnn…

Aku kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang sebaiknya dibaca menjelang tiba tahun baru hijrah.


Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Berikut adalah doanya:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!

Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..


Wednesday, November 23, 2011

Fakta : Matematik dalam kehidupan

Oooooo


Source : 9GAG

Apa itu IKHLAS?


Apa itu ikhlas? Ikhlas ni terlalu subjektif untuk dihuraikan. Ada satu perumpamaan yang sampai sekarang aku masih ingat mengenai ikhlas ni.

“Ikhlas itu umpama seekor semut hitam di batu yang hitam di malam hari yang gelap”

Baru-baru ni aku dengar ceramah dari Ustaz Mohammad Izzat bin Mohamed Ropi, Imam 1 Masjid Al Syakirin, Gombak. Ada satu kisah yang ustaz kongsi bersama iaitu kisah Burung Pipit dan Nabi Ibrahim A.S. Aku yakin ramai yang dah dengar kisah ni, tapi bagi yang belum aku kongsi di sini.


Kisah ni terjadi apabila Nabi Ibrahim A.S dibakar dalam timbunan kayu yang besar oleh Raja Namrud yang kejam. Ketika Nabi Ibrahim dibakar, ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. 

Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim dengan terbang mencari air dan membawa air dengan paruhnya yang kecil. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit tersebut lalu mereka bertanya;

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?"

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.

Lalu burung pipit itu pun menjawab "Sekurang-kurangnya aku berusaha membantu Nabi Allah dan tidak berdiam diri ketika baginda dibakar”

Ini menunjukkan keikhlasan si burung pipit dalam menjaga Nabi Allah. Walau kecil pun bantuan yang diberikan, ia tetap ikhlas dan keikhlasan dia sangat besar nilainya.

Bagaimana dengan kita? Seharian kita bekerja, seharian kita belajar, tetapi ikhlas ke kita? Apa niat kita buat semua itu? Kerana Allah?

Percayalah, Iblis juga takut orang yang ikhlas.

(surah al-hijr ayat 39-41)
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan (menjadikan mereka memandang baik) segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu (ikhlas) yang dibersihkan hatinya dari sebarang syirik. Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya."


Renung-renungkan dan jom beramal..:)


Monday, November 21, 2011

Gempar : Royal Brunei Airlines (RBA) kena hijack


Seramai 16 orang terbunuh manakala 34 orang tercedera dalam situasi cemas siri pengeboman hotel dan rampasan pesawat Royal Brunei Airlines (RBA) pada Sabtu lalu. Menurut laporan, tindakan pengganas ini bermula di sebuah hotel di Jalan Kota Batu dimana seorang pengebom berani mati telah meletupkan diri di situ. Manakala dua orang pengganas yang terlepas telah merampas sebuah pesawat RBA di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas.

Pengganas merampas sebuah pesawat RBA dan menahan 35 orang penumpang dan 13 orang anak kapal.

Saturday, November 19, 2011

Kreatif : Seni 3D

3D sculptures ni merupakan hasil kreatif Yuki Matsueda. Cool….:)



Kreatif tak bertempat : Cara-cara buat toyol exam

Sekarang ni musim exam, ramai sedang busy study sekarang...ramai yang usaha buat macam -macam nak lulus, ada yang buat betul2, ada yang main2, ada yang buat toyol...haha...macam toyol ni...:)

AMARAN : Sila jangan tiru aksi ini...



Source : 9GAG

Fakta : Dangerous element


Hehe…really dangerous..



Source : 9GAG

Saturday, November 12, 2011

Kreatif : Seni lukisan tangan


Sebelum ni aku ada post pasal seni lukisan jari…kali ni aku nak kongsi pasal seni lukisan tangan pulak yang memang awesome…seni ni dihasilkan oleh Guido Daniele..enjoy..



Kreatif : Klon iPad untuk awek


Anda ada iPad? Anda bagi awek hadiah iPad? Anda fikir anda cool buat macam tu? anda tak sehebat sorang mamat ni dari China yang reka iPad sendiri untuk bagi hadiah untuk awek dia. ..siyes....macho.



Wei Xinlong terpaksa berpisah dengan awek dia, Sun Shasha coz dia kena sambung belajar kat tempat lain. So, bagi memastikan hubungan dorang tak putus, Wei Xinlong mencipta touch screen tablet PC ala iPad untuk dorang terus berhubung dengan video chat.

Kebanyakkan komponen dibeli dari kedai second hand…klon iPad di mempunyai touchscreen, built-in camera, microphone, four USB slots, LAN socket dan guna bateri lithium. Klon iPad ni boleh digunakan untuk baca e-book,tgk movie, dengar lagu, main game…Jumlah kos nak buat menda ni hanya $126…

Wednesday, November 9, 2011

Apa Pembaca Berita buat masa iklan?

Aku ada terfikir apa pembaca buat masa iklan ye…jom layan...


Tuesday, November 8, 2011

Kreatif : Apabila jari dipermainkan...



Pernah lukis2 kat jari? errr...mesti pernah kan....haha...ni aku share gambar2 lukisan dan hiasan kat jari yang memang awesome..





Fakta : Ibadah Haji 2011


Alhamdulillah, selesai sudah ibadah haji bagi tahun ini…so far kawan-kawan aku di sana selamat menjalani ibadah haji dan harap dorang dapat kembali ke tanah air dengan selamat…insyaAllah.



Tahun ni seramai 3 juta tetamu Allah menunaikan ibadah haji…bayangkan orang seramai ni memenuhi tanah suci Mekah..subhanallah...mari kita sama-sama berdoa agar turut sama menjadi tetamu Allah di masa akan datang...:)

Berikut adalah fakta-fakta dan gambar menarik mengenai musim haji tahun ini:

Saturday, November 5, 2011

Thursday, November 3, 2011

Serius : Kambing panjat pokok takut kena korban?


9 ekor kambing dijumpai memanjat sebatang pokok di Morocco. Hehe…bukan lari dari kena korban, tapi kerana nak makan buah dari pokok argan..buah ni sangat best sampai kambing-kambing ni panjat pokok sebab nak ambil yang terbaik dari atas…kambing yang kat bawah tunggu je dengan harapan dapat makan buah tu…errrr…sound weird, but that’s the facts.


Source : Dailymail

The different between girls and guys


Hahaha..LOL


Source: 9GAG

Monday, October 31, 2011

Fakta : Warga Bumi ke 7 Billion


Bayi 7000000000 (hahaha…7 billion) dunia telah dilahirkan di sebuah hospital di Filipina. Bayi bernama Danica Mei Camacho telah dipilih oleh PBB sebagai simbolik warga bumi mencapai jumlah 7 billion.

Danica Mei Camacho 

PBB membuat kempen ni untuk menarik perhatian warga bumi (hahaha) bahawa jumlah penduduk dunia semakin bertambah dan pelbagai cabaran perlu dihadapi bersama. Bangkitlah wahai makhluk bumi...hehe..awesome.

Source : Guardian & NatGeo

Polis vs. Lembu

Seekor lembu ditembak mati oleh polis setelah lembu itu cuba melarikan diri dari perjalanan ke rumah sembelihan. Bunyi pelik kan, tapi itu lah yang terjadi di Kanada.

Polis berkenaan fikir yang lembu tu merbahaya dan bakal mengancam keselamatan awam. Tapi betul ke tindakan dan cara polis tu?

Jom tengok gambar kejadian dan video pada akhir post ini. 


Sunday, October 30, 2011

Her diary vs. His diary



Source : 9GAG & Pearliegates

Back to the future


Aku memang suka kisah-kisah time travel, dan cerita yang paling aku suka adalah Back to the Future…kali ni aku nak kongsi gambar-gambar lama yang diletakkan di tempat asal gambar tu diambil..awesome..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...